Solo Travel To Taiwan, Taipei
Assalamualaikum semua ahli group harini aku nak share pengalaman travel solo ke Taipei, Taiwan aku baru-baru ni pada 05/01/2020 - 09/01/2020.
Warning... Penulisan agak panjang untuk dibaca.
Ok lets start.. !
Itinerary Taipei, Taiwan 2020
Sunday 05/01/2020
📌Eat at Muslim Beef Noodle Restaurant
📌Go To Taipei 101 Observatory
📌Go To i-Ride Taipei Flying Cinema Experience
📌Go To Ximending Night Market
Monday 06/01/2020
📌Visit Yehliu Geopark (70 minutes)
📌Visit the Ying Yang Sea and the 13 Layer Remains (15 minutes)
📌Visit the Golden Waterfall (10 minutes)
📌Discover Jiufen Village (120 minutes)
📌Visit the Shifen Waterfall (50 minutes)
📌Visit Shifen Old Street (70 minutes)
📌Eat at Chang’s Beef Noodles
📌Go Shilin Night Market
Tuesday 07/01/2020
📌Taipingshan National Forest Recreation Area
📌Giant Tree of Bailing (non-stop)
📌Sea of clouds (non-stop)
📌Cuifeng Lake (Taiwan's highest alpine lake)
📌Taipingshan Villa
📌Go to Toko Sakura (Indonesian Food)
📌Buy Snack and Free and Easy
Wednesday 08/01/2020
📌Taipei Free Walking Tour Historic Route
· Longshan Temple
· Bopiliao Historical Block
· Ximen Red House
· Presidential Office
· 228 Peace Memorial Park
📌Eat at Ice Monster Yongkang Store
📌Taipei Free Walking Tour Golden Age Route
- North Gate
- Taipei Post Office
- Tianma Tea House
- Xia Hai City God Temple
- Dadaocheng
Thursday 09/01/2020
Flight to Kuala Lumpur
.
.
Hari Pertama
Bertolak jam 10 pagi dari KLIA2 ke Taiyoan Intenational Airport mengambil masa dalam 4 jam 40 minit. Dengan berbekalkan beg sandang size sekolah dgn beg Sling kecik total berat 5kg lebih jerr.. baru la backpack hahah.. Sesampai sahaja terus ke imigresen, pantas dan efisyen kejap je dah lepas imigresen. Tapi masa kaunter imigresen tu pegawai double check kat gambar passport aku haha.. siap pakai kanta lagi huihh.. aku tau sebab dia buat tu sebab apa. Sebab tahi lalat dah tak ada, aku dah buang tu yang lain sikit muka. Tapi dia lepaskan jer tanpa ada soalan. Sesudah tu terus collect MRT airport punya token dah beli kat klook awal-awal. Perjalanan mengambil masa dalam 35 minit ke Taipei Main Station. Dah sampai tu terus ambil MRT ke Ximen station sebab hostel area situ. Sampai hotel masa tu jam 4:30 petang. Rehat sekejap dan buat apa yang patut. Jam 5 petang aku terus gerak untuk makan, makan dekat Muslim Beef Noodle. Jalan kaki jer pergi restoran ni. Aku order Beef Noodle soup, rasa dia tak kuat, kalau melayu punya kari mesti kuat dengan santan kan.. ni tak just sup dan rasa masin sikit je.
Dah habis makan gerak ke Taipei 101, menara ikonik di Taipei. Naik MRT line hijau lepastu tukar line merah di Chiang Kai dan turun di station Taipei 101. Best jugak kat sini ada dekorasi lampu kat pokok cantik sangat. Lepas tu terus ke Taipei observatory, dia punya lift laju giler.. sekejap sangat dah sampai, dan dia dapat world rekod lift terlaju didunia pada 2004-2015. Kat atas tu macam biasa lah boleh ambil gambar sambil shopping cederahati.
Habis kat atas tu aku pergi pulak ke bangunan Breeze sebelah Taipei tower ni untuk aktiviti Taipei i-Ride hehe.. yang tak best nye dia tingkat paling atas, tingkat 6 tak ade lift penat nak kene jalan naik tangga automatik jer huhu.. berbalik pada aktiviti i-Ride ni dia macam tengok pawagam tapi tempat duduk dia terbang dan skrin 360 darjah.. best jugak ada rasa sedikit percikan air dan bau bauan bunga hehe.. dah habis tu balik simggah jap kat Ximending night market.. fuhh tempat ni memang havoc lah ramai muda mudi lapak sini. Ade jugak pertunjukkan jalanan, orang jual2 dan macam2 lagi lah. Kebanyakkan orang yang aku perhatikan kat sini semua nya mata sepet hahah.. tak ada bangla, mat saleh, negro tu semua.. serius talk.. kalau ada pun 2 ke 3 kali jer ternampak. Banyak chinese, japanese, dengan korean je lepak sini. Dan kalau korang tanya melayu ada tak ? Konfem sepanjang aku jalan sini tak nampak pun orang melayu. Aku kat sini beli lah sikit cenderahati.. dah lepastu balik hostel rehat.
.
.
Hari Kedua
Okey hari kedua pulak bangun awal-awal pagi.. untuk aktiviti seterusnya.. kat sini jam 6 dah siang dan matahari tenggelam 5.30ptg.. Tour untuk harini berkumpul di depan GaKuDen dekat jugak lah dari hostel yang aku tinggal. Setelah siap kumpul semua peserta join-in semua naik mini bas. Peserta trip kali ni dari Singapura, Hong Kong, dan Malaysia..yang dari Malaysia tu cina. Group trip tak berapa besar ok lah. Pertama sekali pergi ke Yehliu Geopark.. semasa dalam perjalanan tour guide sangat membantu banyak info dia bagi. Aku sangat suka tour guide ni. Masa sampai sini kite orang sampai awal so tak ramai orang lagi. Jadi aku rasa seronok sikit lah sebab senang nak bergambar. Tak ade lah org photobomb haha.. Mase sampai sini best sgt aku suke sebab sejuk jerr.. bahagian belakang berkabus kabus sikit.. tapi kite orang diberikan sampai 2 checkpoint je.. lepastu pergi ke YinYang Sea Mase sampai sini kurang bernasib baik sebab berkabus tak dapat tengok laut dia tak bercampur 2 warna berbeza.
Seterusnya ke Golden Waterfall tak jauh dari Yinyang Sea.. tempat ni just spot untuk bergambar jer. Orang tak berapa ramai sangat jadi tak berebut. Setelah itu pergi pulak ke Jiufen Village sini macam tourist spot jgk lah.. tempat ni orang berjual jualan makanan, baju, cenderahati, dan banyak lagi lah.. masa aku sampai sini ramai jugak lah orang nak kata crowded tu boleh lah.. tapi tak terlampau sesak.. masih ok lagi.. lepastu ke shifen waterfall kat sini air terjun dia besar boleh ambik ambik gambar. Banyak jugak pelancong kat sini.. sesak nye boleh dikatan sesak jgk lah.. puas dah ambik gambar pergi pulak ke shifen old street, ha kat sini la korang boleh lepaskan lantern ke udara.. untuk lantern tu ada 2 harga , 1 warna harga dia 150NTD dan kalau 4 warna 200NTD.. dan kawasan ni kawasan laluan keretapi lalu. Keretapi dia masih beroperasi. Masa aku kat situ aku ada nampak keretapi dia lalu. Tak sempat nak ambik gambar.
Lepas habis je aktiviti aku buat kat sini kite orang semua berkumpul balik dan naik mini bas balik ke Taipei balik turun di tempat sama masa naik bas tadi. Btw sepanjang tour ni aku cuma tersempak 2 orang je melayu sepasang suami isteri tak pasti orang Malaysia atau Indonesia. Lepas habis je tour terus aku pergi ke Chang Beef Noodle. Aku jalan kaki jer ke sini ambil masa dalam 10 minit jugak lah nak sampai. Aku order dry noodle.. rasa dia ok ok jer. Aku ingat dry macam ni mamak, rupanya tak haha.. dia mi berair jugak tapi tak banyak lah airnya. Air nya tu air perencah dia, gaul gaul bagi sebati sama daging lembu. Rasa dia lemak2 dan masin. Air pulak aku order air soya. Cawan nye kecik jer dia bagi alahai mane puas nak minum huhu.. dah puas makan balik lah hotel mengambil dalam 10 minit jugak jalan kaki. Shilin night market aku tak pergi sebab penat huhu.. kalau pergi pun nak buat ape kan.. makanan banyak tak halal, dan aku dah kenyang. Apa yang aku baca , ada orang post kat group ni, kata tak ada apa sangat pun kat night market ni. Okey tamat lah untuk hari ini.
.
.
Hari Ketiga
Okey pagi ni aku bangun awal-awal pagi sangat dalam 5:30pagi sebab meeting point pukul 7 pagi di Taipei Main Station East 3, tour ni aku booking kat KKDay sebabnya kat klook tak ada tour ni. Dan sebab nya lagi tour ni jauh menjelajah hampir ketengah Taiwan hanya menaiki mini van.
Nama tour ni Yilan Taipingshan, tour ni dia menjelajah ke negeri lain iaitu Negeri Yilan. Tour aku kali ni disertai oleh pelancong dari Hong Kong dan Malaysia, 3 orang Hong Kong dan 2 orang cina Malaysia. Sepanjang perjalanan jauh tu ada melalui terowong melintasi gunung jauh jugak dalam sejam. Bagus jugak lah. Sebab aku tengok dalam maps kalau tak melalui terowong ni , dia akan melalui jalan bengkang bengkok yang amat panjang melalui jalan gunung. Oh ya kat negara diaorang ni tak ada tol, hehe nice lah kan.
Ok berbalik pada tour aku nak cerita terus ke Taipingshan National Forest Recreation Area tempat ni stop pertama ni adalah lokasi pertama untuk diterokai. Tempat ini adalah tempat laluan keretapi Jepun dahulu yang di jajah oleh Jepun pada suatu ketika dahulu. Masa keluar dari kereta sejuk sangat angin dia. Walaupun matahari menyinari. Selesai ambil gambar semua bergerak pula ke Cuifeng Lake, untuk sampai kesini perlu lalu laluan gunung berpusing pusing hampir 1 jam jugak lah.. nasib lah aku tak muntah huhu.. sebab nya dulu masa aku remaja dulu aku mabuk kereta muntah.. Tapi sekarang dah tak mabuk kereta cuma pening je la nak kena tahan. Sampai je tasik ni fuh kabus bertiup tiupan kat kawasan ni. Aku hanya bawa bekal roti je. Nak makan pun macam nak tak nak sebab angin dia sejuk dan berkabus pulak dan tangan aku kesejukkan.. kalau korang nak tahu tour ni lah tour paling aman. Sebabnya tourist sikit gila haha.. tak banyak pun pelancong yg ambil pekej ni. Mungkin perjalanan yang jauh kot atau pun mahal. Dan sepanjang tour ni semua nya aku nampak mata sepet semua. Tak ada bangsa lain dah cuma 1 kali je tersempak Mat Salleh tu pun dah tua cuma tu je yang lain semua bangsa mata sepet hehe.. dah selesai kat tasik tu pergi pulak ke Taipingshan villa..
Kat sini boleh jugak nak sewa bermalam atas pergunungan rumah dia macam rumah kecil-kecil. Kat situ ada jugak lah kafe. Ke sini nak kena naik tangga, aku tak naik sampai puncak dan sekali lagi aku nak cakap tempat ni memang aman sangat. Pelancong tak ramai, sikit sangat orang hehe. Aku cuma lepak kat café dia je minum kopi sambil tengok pemandangan. Disebabkan café dia tepi gunung, aku duduk depan cermin dia kat luar gunung dengan kabus-kabus nya.. ahh tenang je rasa tengok huhu.. lepas tu habis kat sini sampai lah pukul 3:30 petang berkumpul dan balik ke Taipei city balik. Mengambil masa dalam 4 jam lebih juga lah, nak kena hadap jalan bengkang bengkok tu balik dan masa balik jalan dia tebal giler kabus. Putih je semua jalan, depan tak nampak ape dahh.. sampai je terus aku nak balik hostel aku tak ikut itinerari yang aku buat haha.. penat giler kott .. sepatutnya aku pergi toko sakura untuk makan malam, tapi aku tunda keesokkannya. Aku just beli makanan lite je untuk malam tu. Tamat sudah hari kedua.
.
.
Hari Keempat
Okey hari keempat ni pulak aku skip Tour Historic Route pagi tu sebab nya akan banyak berjalan belah petang. Nanti pagi dah jalan petang nak jalan mau sakit kaki aku. Jadi pagi ni aku pergi ke Toko Sakura iaitu kedai makanan Indonesia, bukan setakat kedai makan tapi dia macam kedai runcit ada jual dia punya produk. Dan tentunya la kan barangan dari Indonesia. Aku order nasi goreng free air kosong hanya 100NTD. Nasi dia ermm sedap lagi kat kedai Malaysia punya nasi goreng. Tapi nasi dia banyak sangat kenyang lah makan. Tak lupa belakang Toko Sakura ni ada masjid ya. Dah kenyang tu sepatutnya itinerari nak makan dessert kat Ice Monster tempat ni Dato’ Fazley Yaakob pernah makan kat sini. Aku nak pergi tapi dah kenyang pulak haha .. jadi batalkan je lah , lagi pun time ni musim sejuk, nak makan ice lagi huhu..jadi aku balik lah ke hostel balik.
Tepat pada pukul 2:30 petang aku siap-siap nak tour Golden Age Route. Naik MRT Ximen ke Beimen guna line hijau. Meeting point dia kat Beimen station. Ok tour kali ni disertai oleh Singapura, Kanada, Jerman, Filipina, Jepun, dan aku Malaysia.. Tour ni di mulakan dengan suai kenal, tour guide minta kami beritahu nama, dari mana , dan berikan sebab kenapa suka Taiwan. Aku cincai-cincai je lah cakap suka dengan cuaca sejuk di Taipei sebab nya Malaysia panas selalu hahah..dan tour bermula lah.. sepanjang tour ni ada nampak pencalon pilihanraya tengah buat liputan sebabnya masa ni dia orang akan memilih presiden Taiwan yang baru. Dan masa ni waktu petang sejuk betul dengan angin bertiup agak kuat. Masa ni dalam 17c jugak lah. Tour ni banyak berjalan je dan melawat tempat-tempat bersejarah diorang. Tour ni terdapat 2 orang, sesi pertama lelaki , sesi kedua perempuan. Lepas habis dia pompang-pompang tour guide ni bercakap tamat sudah tour dalam 6 petang, tapi waktu ni dah malam okey. Walaupun ni free tour kene juga lah bagi tips. Seeloknya 100NTD paling kurang. Balik tu aku terus beli makanan yang ringan-ringan je dan terus balik hostel.
.
.
Hari Kelima
Hari kelima ni sambungan je dari hari keempat sampai hostel tu dah malam dalam pukul 7:30 malam. Aku siap-siap semua terus gerak ke Ximen MRT jam 8:45 malam. Dan bergerak lah aku naik MRT Main Taipei ke Airport mengambil masa 35minit. Aku turun kat terminal 2, sekali silap terminal hahah.. rupanya AirAsia kat terminal 1, jadi aku naik lah SkyTrain ke terminal 1, naik SkyTrain ni free tak ada bayaran pun. Sesampai tu aku terus cari counter nak refund duit kat kad easy kad aku, tapi tak boleh dia kata special kad.. aku pun aduhh.. sebab nya kad tu aku collect dekat Taiwan bureau kat Malaysia. Aku telefon Taiwan bureau pun dia kata tak boleh refund.. aduyai.. jadi aku gerak jelah ke kaunter AirAsia nombor 12 paling hujung huihh penat menapak.
Sampai-sampai dah ramai jugak orang beratur. Selesai verifikasi dokumen masuklah jalan nak ke gate. Ingat sepanjang perjalanan nak ke gate tu nak shopping sikit sebab duit NTD aku banyak lagi tak guna. Tapi kebanyakan kedai semua dah tutup.. hmm hampeh haha.. yang ade pun vending machine. Guna tu je lah beli pakai easy kad yang masih berbaki tu. Tunggu punya tunggu akhirnya berlepas lah dari taipei pada jam 1 pagi menaiki AirAsia X D7. Kat dalam kabin aku order sticky rice dengan dimsum. Okey jugak lah makan nye.. lepas makan tido la. Kebanyakan penumpang pun semua tido. Aku nak tidur tak berapa nak selesa dengan seat keras begitu haha.. jadi nya tidur-tidur ayam je lah. Sampai KLIA2 dalam jam 5:30 pagi. Jadi sekian lah pengambaran solo aku ke Taipei, Taiwan. Terima kasih siapa yang sudi baca cerita aku yang panjang berjela ni hahah.. ok bye jumpa lagi di next trip.
Kesimpulan
·> Kat sini tak banyak mat salleh, bangla, negro, melayu boleh dikatakan 90% tiada
·> Kat sini banyak cina Singapura, cina Malaysia, China, Korean, dan Japenese
·> Kat sini tak ada tol (sepanjang pejalanan yang aku lalui)
·> Kat sini pun masih ada peminta sedekah
·> Kat sini duit dia lebih kurang macam duit Bhat
·> Kat sini jamban tak ade paip
·> Kat sini orang Taiwan kebanyakkan boleh berbahasa inggeris
·> Kat sini orang Taiwan marah bila dikata mereka cina, mereka lebih suka digelarkan Taiwanese
·> Kat sini airpot dia ada prayer room
·> Kat sini nak cari makanan halal senang, install apps Halal.TW
·> Kat sini aku berasa selamat je sebab aku naik MRT yang sesak-sesak tu orang Taiwan tak ada pun buat muka menjengkelkan bila tengok aku. Dan kat mana-mana pun semua baik dan peramah.
*Untuk full itinerari dengan budget kos boleh pm ya 😄
Ulasan
Catat Ulasan